BIODATA PENULIS BLOG

            Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia kepada semua pembaca blog ini. Saya berasa bersyukur kehadrat ilahi kerana telah berjaya mencipta blog ini. Kejayaan ini telah memberi semangat kepada saya untuk membina blog ini dan mengedit seberapa banyak maklumat yang diperlukan. Blog ini saya cipta untuk memberitahu umum tentang sekolah saya, lokasi, aktiviti yang telah kami sepanjang tahun.

          Dalam blog ini nanti, insya Allah saya akan mengedit sebanyak mungkin tentang sekolah saya dan mengharapkan agar semua pembaca blog ini dapat memberi komen yang bernas agar saya sentiasa memperbaiki kekurangan dalam blog ini nanti.

         Harapan agar pembaca blog ini nanti akan dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada saya agar blog ini dapat digunakan sepenuhnya dan dimanfaatkan oleh semua, insya Allah.

Selamat Maju Jaya dan Salam Satu Malaysia.

Wassalam.